Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Penerangan Malaysia kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Jabatan Penerangan
PERSONEL MYSTEP
- Bahagian: Bahagian Gerak Saraf dan Pengurusan Isu
- Kadar Upah: RM1,500 – RM2,100
- Manfaat: Caruman KWSP, Caruman PERKESO, Cuti Sakit dan Cuti Rehat
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- UKM buka pengambilan besar-besaran dengan gaji sehingga RM14,063: Ini cara memohonnya
- Pengambilan besar-besaran sebagai Pegawai di MAIK: Penempatan di banyak daerah, Elaun RM1,850
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan ini boleh dikemukakan dengan menghantar resume dan sijil-sijil berkaitan ke alamat e-mel: [email protected]
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 19 FEBRUARI 2023 (AHAD).
Maklumat lebih terperinci (rasmi) berkenaan kekosongan dan permohonan boleh dilihat DI SINI.