Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya termasuklah melalui bantuan Kad Perak Prihatin kepada mereka yang layak dan memerlukan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan skim ini:-
Bantuan RM90 Setiap Bulan
Pihak Kerajaan Negeri Perak telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai Kad Perak Prihatin. Malah, melalui Belajawan Negeri 2023, pihak Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menaikkan nilai kad ini daripada RM80 kepada RM90.
Manfaat uatama kad ini adalah:
- RM90 dikreditkan secara automatik setiap bulan ke dalam kad;
- Kad boleh digunakan bagi membeli barangan keperluan asas;
- Urusan pembelian secara tanpa tunai (cashless);
- Kad boleh digunakan di kedai dan pasaraya berdaftar;
- Akan ditambah nilai ke tahap RM90 setiap bulan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Semak Kelayakan
Program ini pada asasnya diperkenalkan bagi meringankan perbelanjaan golongan B40 yang memerlukan dan berkelayakan.
Semakan kelayakan program ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Perak Prihatin.
Tatacara menggunakan kad ini adalah seperti berikut:
- Pergi ke kedai/pasaraya berdaftar;
- Pilih barangan keperluan yang hendak dibeli;
- Semak baki kad bagi mengetahui had penggunaan;
- Beri Kad Perak Prihatin kepada juruwang ketika ingin membuat pembayaran;
- Juruwang akan merekod barangan yang dipilih;
- Hanya barang yang tersenarai akan diluluskan untuk pembelian;
- Juruwang masukkan kad di terminal pembayaran;
- Peserta menekan pin di terminal pembayaran.
Bagi maklumat lengkap dan teliti berkenaan program (manfaat, senarai kedai/pasaraya, cara mengaktifkan kad dan sebagainya) sila lihat di Portal Rasmi Perak Prihatin – DI SINI.