Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Perbandaran Hulu Selangor kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong PBT
- PEMBANTU PENGUATKUASA GRED KP19
- Gaji: RM1,360 – RM4,052
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
- Gaji: RM1,352 – RM4,003
- JURUTEKNIK KOMPUTER GRED FT19
- Gaji: RM1,377 – RM4,052
- PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR & DESA GRED JA29
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PENOLONG ARKITEK LANDSKAP GRED JA29
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PENOLONG PEGAWAI SENIBINA GRED JA29
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Pelbagai jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM): Tawaran gaji RM1,500
- Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA sesi Februari 2023: Gaji RM1,700 hingga RM2,100
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan secara atas talian (online) di Portal e-Jawatan MPHS.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 13 FEBRUARI 2023 (ISNIN).
Maklumat rasmi kekosongan jawatan boleh didapati DI SINI.