Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan Kerajaan sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya termasuklah sebuah inisiatif dikenali TUNS 2023 yang telah dibuka permohonannya untuk mereka yang berkelayakan.
Berikut adalah maklumat lanjut berkenana skim ini:-
TUNS 2023
TUNS 2023 adalah singkatan bagi Tabung Usahawan Negeri Sembilan tahun 2023 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di negeri berkenaan.
Mereka yang menepati syarat-syarat, mereka boleh menerima bantuan pembiayaan secara geran sebanyak RM3,000 bagi meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Anak Negeri Sembilan atau Pengundi Negeri Sembilan;
- Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah didaftarkan serta beroperasi selama tempoh tiga (3) bulan sebelum permohonan dibuat (Didaftarkan di SSM sebelum 1 Oktober 2022);
- Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
- Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000;
- Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh tiga bulan;
- Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;
- Pemohon tidak berstatus muflis;
- Kelayakan permohonan adalah sekali bagi tempoh lima tahun.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Umur 54 tahun dan ke bawah? Ini cara memohon Skim Cakna Suri RM200 untuk tahun 2023
- Permohonan Bantuan RM600 ‘one-off’ akan ditutup minggu depan: Syarat-syarat & cara mohon
Cara Memohon
Kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, permohonannya TUNS 2023 boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasminya.
Para pemohon juga perlu menyediakan dokumen-dokumen sokongan yang disahkan bagi ketika mengemukakan permohonan.
Dimaklumkan juga bahawa pemohon hendaklah menepati syarat-syarat kelayakan perniagaan yang ditetapkan oleh TUNS 2023.
Maklumat lengkap berkenaan bantuan pembiayaan ini sila lihat – DI SINI.