Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah apabila pihak Kerajaan Persekutuan membenarkan pengeluarakan KWSP melalui pelbagai program antaranya seperti i-Sinar, i-Citra, i-Lestari dan sebagainya.
Akan tetapi, masih ramai yang telepas pandang berkenaan dengan satu lagi program di bawah KWSP – dikenali sebagai i-Lindung. Berikut adalah penjelasannya.
Penjelasan i-Lindung
i-Lindung pada asasnya merupakan sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang boleh digunakan bagi tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).
Melalui PPA ini, ahli dibenarkan membeli produk insurans/takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP. Ia sekaligus membantu para ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan.
Syarat-syarat Kelayakan i-Lindung
- Warganegara Malaysia;
- Pengguna i-Akaun (Ahli);
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun KWSP.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Selain Bantuan Khas Kewangan: Berikut senarai Bantuan-Bantuan lain yang dibayar pada bulan ini
- Bantuan Kewangan RM150 mula dibayar hari ini: Berikut adalah senarai mereka yang layak
Cara Memohon
Pengeluaran simpanan KWSP dari Akaun 2 melalui i-Lindung adalah terbuka bagi pembelian polisi perlidungan hayat dan penyakit kritikal.
Kaedahnya pula adalah seperti berikut:
- Log masuk ke i-Akaun (Ahli);
- Klik pada tab i-Lindung;
- Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT;
- Lengkapkan maklumat di portal SIT;
- Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP;
- Penerimaan penyata maklumat dari SIT.
Maklumat lengkap dan permohonan i-Lindung, ia boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.