Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya adalah bantuan-bantuan daripada Kementerian atau Agensi berdasarkan peruntukan yang telah diumumkan melalui Bajet Tahunan ditetapkan.
Antaranya adalah Bantuan Awal Persekolahan atau BAP di bawah Bajet Mini 2023, seperti mana diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat pada Disember tahun lalu.
BAP (Bantuan Kewangan RM150)
BAP pada asasnya merupakan bantuan yang diperkenalkan dengan tujuan membantu dan meringankan beban ibu pada dalam usaha mepersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya.
Bantuan ini juga diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa dan tiada sebarang borang atau dokumen perlu diisi oleh murid atau ibu bapa sebelum menerimanya.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Ini syarat-syarat & cara memohon Kewangan DanaNITA sehinga RM150,000 dari MARA
- Cara memohon Bantuan RM600 secara ‘one-off’: Permohonan dibuka sehingga 31 Januari 2023
Tarikh Pembayaran BAP
Berdasarkan kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – BAP akan disalurkan kepada semua murid seawal 12 Januari 2023.
Ini kerana, peruntukan BAP akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan pihak berkaitan diminta untuk membuat agihan secepat mungkin selepas menerima peruntukan tersebut.
“KPM juga tidak menyediakan sebarang talian khusus. Segala penjelasan lanjut berkaitan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM,” petikan dari kenyataan KPM.
Bagi makluman tambahan, KPM menyatakan bantuan itu akan diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria seperti warganegara Malaysia dan murid Tahun Satu sehingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi sesi Persekolahan 2023/2024.
Kriteria itu termasuklah para pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama, Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney.