Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang dibayar kepada mereka yang layak melalui Kerajaan Persekutuan atau Negeri berdasarkan peruntukan belanjawan (bajet) masing-masing.
Akan tetapi, terdapat pelbagai lagi bantuan yang akan dibayar pada bulan ini, iaitu antaranya: –
Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 adalah bantuan yang diperkenalkan bagi membantu ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya. Malah, bantuan ini akan diberikan kepada semua murid sekolah, tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.
Berdasarkan kenyataan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – pembayaran BAP akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023 dan pihak berkaitan hendaklah membuat agihan secepat mungkin selepas menerima peruntukan berkenaan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM200
BMT adalah bantuan kewangan daripada RISDA yang diperkenalkan bagi membantu para penoreh getah dengan jumlah sebanyak RM600 pada tahun lalu.
Akan tetapi, melalui Bajet Mini 2023, jumlah BMT telah dinaikkan kepada RM800 dengan menyaksikan pembayaran RM200 akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023.
Dalam masa sama, peneroka getah FELDA turut akan menerima RM300 BMT pada bulan ini. Bantuan yang menggunakan sepenuhnya dana dalaman FELDA ini diharap dapat meringankan beban peneroka tanaman getah yang terjejas ketika musim tengkujuh ini.
Baca juga:
- Berikut tarikh & senarai penerima Bantuan Kewangan RM150 yang dibayar minggu ini
- Ini syarat-syarat & cara memohon Kewangan DanaNITA sehinga RM150,000 dari MARA
Bantuan Zakat RM600
Lembaga Zakat Selangor (LZS) juga telah memperkenalkan sebuah bantuan yang dikenali sebagai Sumbangan LZSPeduli (Bantuan Banjir Zakat Selangor) sebanyak RM600 secara ‘one-off’.
Permohonan bantuan masih lagi dibuka untuk permohonan sehingga 31 Januari 2023. Pembayaran permohonan yang diluluskan akan dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.
Maklumat lengkap dan permohonan bantuan zakat ini boleh dirujuk di Portal Rasmi LZS – DI SINI.