Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa BERNAS bersetuju untuk menyalurkan peruntukan RM10 juta kepada pesawah miskin pada bulan Disember dan RM50 juta tahun 2023.
Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini:-
Bantuan Khas BERNAS
Dalam perkembangan terkini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu telah mengumumkan pembayaran Bantuan Khas BERNAS sebanyak RM250 kepada setiap yang layak.
Pembayaran itu nanti akan melibatkan sekitar 240,000 pesawah di seluruh negara daripada jumlah keseluruhan RM60 juta yang diperuntukkan di bawah bantuan khas berkenaan.
“…jumlah keseluruhan bantuan yang diterima daripada BERNAS adalah RM60 juta dan jumlah itu perlu dibahagikan dengan 240,000 pesawah di negara ini, menjadikan setiap pesawah menerima RM250 seorang,” katanya.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Berikut adalah senarai penerima Bantuan Kewangan RM900 yang mula dibayar pada bulan ini
- Senarai Bantuan-Bantuan Khas sehingga RM2,500 dibayar pada bulan ini, yang kita wajib tahu
Tarikh Pembayaran
Berkenaan dengan tarikh pembayaran, ia akan disalurkan terlebih dahulu kepada para pesawah di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang selewat-lewatnya pada 16 Januari ini.
Manakala, para pesawah di negeri lain akan menerima baki bantuan khas BERNAS berjumlah RM50 juta yang akan disalurkan secara berperingkat.
Sumber: BH Online.