Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Daerah Sik (MDSIK) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong MDSIK
- PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)/PENOLONG JURUTERA GRED JA29
- Gaji: RM1,549 – RM5,701
- PENGHANTAR NOTIS GRED N11
- Gaji: RM1,216 – RM2,983
- PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA (PSH)
- Gaji: RM70/sehari
- PEMBANTU AWAM (PSH)
- Gaji: RM40/sehari
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan yang boleh didapati di Kaunter Pembayaran, Majlis Daerah Sik dengan bayaran RM3.
Permohonan hendaklah disertakan bersama salinan Sijil Kelahiran, Kad Pengenalan, Sijil Persekolahan, Sijil Berhenti Sekolah dan dokumen yang berkaitan serta sekeping gambar berukuran pasport.
Salinan sijil-sijil perlu mendapat pengesahan terlebih dahulu oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A Gred 41 dan ke atas (Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Pengetua Sekolah Menengah / Penghulu Mukim).
Borang permohonan yang telah lengkap diisi kemudiannya hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 22sm. X 32sm. Disudut atas sebelah kiri sampul surat perlu ditulis jawatan yang dipohon dan dihantar ke alamat:
YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SIK
08200 SIK
KEDAH DARUL AMAN
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 15 JANUARI 2023 (AHAD).
Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dilihat DI SINI.