Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di Jabatan Mineral & Geosains Malaysia.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Jabatan Mineral & Geosains
PEGAWAI GEOSAINS GRED C41 (KAJI BUMI)
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Kem/Jab: Perkhidmatan Sains
- Jadual Gaji: RM2,317 – RM9,620
- Kekosongan: 13
- Simpanan: 39
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat-syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Banyak jawatan kosong perkhidmatan awam ditawarkan di SEDC: Gaji sehingga RM5,672
- Majlis Peperiksaan Malaysia buka pengambilan jawatan: Gaji permulaan sehingga RM1,935.02
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dikemukakan boleh dilaksanakan secara dalam talian (online) di Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 10 JANUARI 2023 (SELASA) jam 11.59 malam.
Maklumat rasmi kekosongan boleh dilihat DI SINI, manakala permohonan secara dalam talian boleh dirujuk DI SINI.