Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Biasiswa Kecil Sekolah Menengah (BKSM) yang membabitkan bantuan kewangan secara one-off kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan di Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh Kedah.
Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini: –
Kadar Bantuan Kewangan BKSM
Peruntukan dan pengagihan bantuan ini bergantung kepada peruntukan yang diluluskan dari semasa ke semasa.
Untuk makluman, kadar biasiswa bagi pelajar Tingakatan 1 hingga 3 adalah RM600 setahun, manakala bagi pelajar Tingakatan 4 hingga 5 pula pada kadar RM715 setahun.
Syarat-syarat Kelayakan
Permohonan bantuan ini terbuka kepada para pelajar di Sekolah Bantuan Kerajaan seluruh Negeri Kedah atau sekolah-sekolah yang terpilih sahaja dan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan berikut:
- Pendapatan isi rumah maksimum RM3,000 dan ke bawah;
- Mendapat keputusan peperiksaan sekurang-kurangnya 4A dalam peperiksaan akhir tahun;
- Pelajar tiada penaja lain;
- Pelajar bersih daripada tindakan disiplin;
- Pelajar aktif dalam kegiatan ko-kurikulum;
- Pelajar dicalonkan melalui Guru Biasiswa Sekolah.
- Pelajar melepasi saringan oleh pihak Seksyen Pembiayaan Pendidikan Negeri Kedah (SPPNK).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Pendapatan isi rumah RM4,849 & ke bawah: Berikut cara memohon Bantuan SIPU RM500 ‘one-off’
- Bantuan Zakat RM600 kepada mereka yang terjejas banjir: Permohonan dibuka sehingga 31 Jan 2023
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mendapatkan maklumat lanjut melalui Guru Biasiswa di sekolah masing-masing.
Maklumat lebih teliti berkenaan bantuan ini dilihat di Portal Rasmi SPPNK – DI SINI.