Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Skim Insentif Pelajar UCAM (SIPU) di bawah RISDA yang membabitkan sumbangan kewangan sebanyak RM500 secara one-off.
Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan bantuan kewangan ini: –
Syarat-syarat Kelayakan SIPU
- Anak kepada: Pekebun Kecil / staf RISDA / staf SMR / pesara RISDA;
- Keutamaan diberikan kepada anak Pekebun Kecil;
- Pendapatan isi rumah RM4,849.00 dan ke bawah sebulan;
- Telah melapor diri di University College Agroscience Malaysia (UCAM);
- Permohonan dibuat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pendaftaran di UCAM;
- Pelajar Tahun Pertama (semester 1) di UCAM sahaja;
- Peringkat Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama sahaja (sepenuh masa).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Cara memohon Bantuan Kewangan BAP RM250 hingga RM500 yang dibayar setiap bulan
- Pengambilan jawatan kosong terkini di UUM sesi akhir tahun 2022: Gaji RM5,855 – RM13,235
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA (pindaan 2022).
Ia kemudiannya perlu dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen berikut:
- Kad pengenalan pelajar;
- Kad pengenalan ibu & bapa /penjaga yang sah;
- Sebarang dokumen pengesahan kelulusan tanam semula (Pekebun Kecil) atau Kad Pekerja/Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara);
- Pengesahan pendapatan / penyata gaji yang telah disahkan;
- Surat tawaran;
- Resit Bayaran pengajian UCAM (Kemasukan UCAM).
Ia seterusnya perlu dikemukakan ke Pejabat RISDA terdekat untuk tujuan pengesahan.