Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong SUHAKAM
- KETUA PENOLONG SETIAUSAHA GRED 48
- Tangga Gaji: RM5,406 dan elaun tambahan sebanyak RM1,550 sebulan
- PENOLONG SETIAUSAHA GRED 41
- Tangga Gaji: RM2,422 dan elaun tambahan sebanyak RM900 sebulan
- PEMBANTU TADBIR GRED N19
- Tangga Gaji: RM1,352 dan elaun tambahan sebanyak RM765 sebulan
Syarat-syarat Kelayakan
- emohon merupakan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan-jawatan hendaklah dibuat dengan mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan, sekurang-kurangnya satu rujukan majikan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) ke alamat:
Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
(Untuk Perhatian: Unit Pengurusan Sumber Manusia)
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 31 DISEMBER 2022 (SABTU).
Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dilihat DI SINI.