Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Tanah & Galian Negeri Selangor kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,352 – RM4,003
- PEMBANTU OPERASI N11
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,216 – RM2,983
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Banyak jawatan kosong di Jabatan Kerja Raya (JKR): Tarikh tutup permohonan 09 Disember 2022
- Banyak jawatan kosong perkhidmatan awam ditawarkan di MDLG: Jadual Gaji sehingga RM5,678
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan-jawatan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang PTGS/BKP-2022 dan dokumen-dokumen sokongan berkaitan ke alamat:
PENGARAH, PEJABAT TANAH DAN GALIAN NEGERI SELANGOR, TINGKAT 4, BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN, BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH 40576 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN (U.P: UNIT PERKHIDMATAN/PERJAWATAN).
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 19 DISEMBER 2022 (ISNIN).