Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah bantuan kewangan daripada RISDA yang dikenali sebagai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diperkenalkan oleh Kerajaan di bawah Bajet 2022.
Ini adalah maklumat lebih jelas berkenaan BMT ini: –
Kadar Bayaran BMT
BMT melibatkan bantuan kewangan sebanyak RM600 yang dibayar sebanyak dua fasa iaitu pada bulan November dan Disember 2022.
Setiap fasa akan melibatkan pembayaran RM300 dengan jumlah keseluruhan RM600.
Syarat-syarat Kelayakan BMT
- Warganegara Malaysia;
- Pekebun kecil berdaftar dengan RISDA;
- Keluasan 0.1 hektar hingga 2.5 hektar;
- Pemilik tanah yang sah bagi Pemilik Pengusaha atau pengesahan dari pemilik tanah yang sah bagi Penoreh Bukan Pemilik;
- 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja (sama ada pemilik tanah atau penoreh);
- Seorang penerima hanya layak menerima bantuan sekali sahaja;
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah (bagi Penoreh Bukan Pemilik sahaja).
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Cara memohon Bantuan Kewangan SPZAS RM700 – RM2,500: Permohonan ditutup 3 Disember 2022
- Cara buat pengeluaran simpanan KWSP untuk bayar pinjaman perumahan & membina rumah
Cara Semak Kelulusan
Dimaklumkan bahawa pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan secara secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Selain itu, hanya seorang penerima sahaja yang layak menerima bantuan ini bagi satu lot yang sama, sama ada Pemilik Pengusaha atau Penoreh Bukan Pemilik dan tanpa mengambil kira bilangan ahli kongsi.
Bagi yang ingin membuat semakan kelulusan permohonan BMT, ia boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem BMT RISDA – DI SINI.
Maklumat lebih lengkap berkenaan bantuan ini boleh dilihat – DI SINI.