Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah melalui Skim Mesra Insan Istimewa (SMIS) yang akan merupakan program yang distrukturkan semula dari Skim Mesra Usia Emas (SMUE) bermula pada tahun hadapan.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari ketika membentang Belanjawan 2023 Negeri Selangor. Katanya, SMIS mensasarkan golongan OKU di Negeri Selangor tanpa mengira had umur dan pendapatan.
Manakala, SMUE pula memberi fokus kepada golongan warga emas yang layak.
Kadar Bantuan
Terdapat dua jenis manfaat di bawah SMUE dan SMIS iaitu baucar beli-belah setiap tahun dan khairat kematian sebanyak RM500 kepada waris ahli berdaftar.
Malah, Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk menaikkan nilai baucar beli belah daripada RM100 kepada RM150. Baucar membeli belah di pasaraya ini akan diberikan kepada penerima pada bulan kelahiran mereka.
Syarat-syarat Kelayakan
Kategori Warga Emas
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
- Lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974;
- ATAU Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
- Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Kategori OKU
- Warganegara Malaysia;
- Masih hidup atau meninggal dunia bermula 1 Januari 2021 (perlu mohon dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian);
- Tiada had umur bagi yang lahir di Negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974;
- ATAU Lahir di luar Negeri Selangor dan bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun;
- Sedang menetap di Negeri Selangor (alamat Kad Pengenalan di Negeri Selangor sahaja);
- Pengundi berdaftar di Selangor semasa pendaftaran dibuat.
Baca juga:
- Kerajaan negeri umum Bantuan HPIPT RM1,000 untuk B40 & M40: Ini penjelasan lanjutnya
- Cara buat pengeluaran simpanan KWSP untuk bayar pinjaman perumahan & membina rumah
Cara Memohon
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem SMUE.
Dokumen sokongan yang lengkap perlu dihantar bersama borang permohonan. Bagi permohonan atas talian borang permohonan hendaklah dicetak setelah mengisi maklumat permohonan.
Permohonan secara atas talian perlu mengemukakan dokumen sokongan yang lengkap dalam tempoh 14 hari setelah permohonan dibuat dan dihantar ke Pejabat YAWAS atau pusat Khidmat Masyarakat yang berhampiran.
Maklumat lebih teliti berkenaan SMUE boleh dilihat di Portal Rasminya – DI SINI, manakala SMIS pula akan dikemaskini dari semasa ke semasa.