Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong LZNK
- EKSEKUTIF GRED Z9 (UKUR BAHAN / KEJURUTERAAN AWAM)
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM 1,400 – RM5,000
- Elaun: RM990
- PEMBANTU EKSEKUTIF – GRED Z11
- Taraf: Kontrak
- Gaji: RM1,200 – RM4,000
- Elaun: RM970
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Lebih 15 jawatan kosong di Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan: Gaji RM2,529 – RM9,643
- MATRADE buka pengambilan jawatan kosong sesi November 2022: Gaji sehingga RM4,003
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan LZNK dan dilampirkan bersama salinan-salinan dokumen berikut:
- Sekeping gambar terbaru berukuran passport
- Kad pengenalan
- Sijil pendaftaran kelahiran / Sijil lahir
- Sijil berhenti sekolah
- Sijil akademik (SPM/DIPLOMA/IJAZAH)
Pemohon hendaklah menggunakan sampul surat dan dilekatkan dengan setem yang mencukupi (sekiranya dipos) dan di penjuru atas sebelah kiri sampul itu perlu ditulis dengan HURUF BESAR yang jelas NAMA JAWATAN YANG DIPOHON.
Ia seterusnya hendaklah dihantar ke alamat:
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WANJAH
05200 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
(u/p: Jabatan Pentadbiran dan Sumber Manusia)
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 15 DISEMBER 2022 (KHAMIS).
Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan borang boleh dilihat DI SINI.