Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong MATRADE
PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
- Jadual Gaji: RM1,352 – RM4,003
- Kadar Kenaikan Tahunan: RM100.00
Syarat-syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Jawatan kosong besar-besaran ditawarkan di UPNM sesi November 2022: Gaji sehingga RM9,620
- MPS buka pengambilan jawatan kosong terkini Gred JA29: Jadual gaji RM1,549 – RM5,701
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan-jawatan ini hendaklah dibuat dengan mengisi maklumat di pautan yang disediakan pihak MATRADE.
Pemohon kemudiannya perlu mengemukakan resume bergambar dan menghantarnya ke alamat e-mel: [email protected].
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 30 NOVEMBER 2022, RABU.
Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh didapati – DI SINI.