Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi jawatan kosong yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan – jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
JURUTERA GRED J41
- Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
- Jadual Gaji: RM2,529 – RM9,643
- Kenaikan Tahunan: RM225
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
- Pemohon berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik dan lebih khusus yang lain hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Baca juga:
- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri buka banyak jawatan kosong: Gaji RM1,505 – RM9,607
- Jawatan kosong besar-besaran ditawarkan di UPNM sesi November 2022: Gaji sehingga RM9,620
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan ini hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui pautan yang disediakan di hebahan rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 30 NOVEMBER 2022, RABU, 11.59 MALAM.
Maklumat rasmi kekosongan jawatan boleh dilihat DI SINI dan permohonan boleh dikemukakan DI SINI.