Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan-bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri sesuai dengan tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Salah satunya adalah Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor Rendah & Menengah (SPZAS Ren & Men) yang diperkenalkan bagi membantu golongan pertengahan (B40 & M40) yang memenuhi syarat kelayakan.
Bantuan ini nanti akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM200 merangkumi anak-anak yang bersekolah di Pra-Sekolah; Sekolah Rendah Kebangsaan; Sekolah Rendah Agama dan Sekolah Menengah.
Syarat-syarat Kelayakan
- Beragama Islam;
- Warganegara Malaysia;
- Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada 3 tahun;
- Pra sekolah / Tadika (umur 5-6 tahun sahaja);
- Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Agama (umur 7 – 12 tahun sahaja);
- Sekolah Menengah (13-18 tahun) SMK/SAM/MRSM/SBP/STAM/STPM di dalam dan di luar negeri Selangor;
- Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi daripada Haddul Kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf, namun jumlah lebihan tersebut tidak melebihi nilai maksimum RM11,000.
Baca juga:
- Cara memohon sehingga RM10,000 di bawah PUTRA
- Jumlah bayaran & tarikh kredit BKM Fasa 4 tak lama lagi
Cara Memohon Bantuan RM200 LZS
Bagi yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan, permohonan SPZAS boleh dilaksanakan secara atas talian (online) di Sistem Permohonan SPZAS LZS.
Pemohon juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut ketika membuat permohonan:
- Kad pengenalan ketua keluarga
- Kad pengenalan pasangan
- Borang A (Borang Pengesahan Bermastautin, Pendapatan Seisi Keluarga)
- Borang B (Borang Pengesahan Sekolah Rendah & Menengah SPZAS LZS (MAIS)
- Penyata akaun bank ketua keluarga
- Penyata / slip gaji ketua keluarga/pasangan dan tanggungan lain (sekiranya pendapatan melalui kerja bermajikan)
Bagi maklumat lebih teliti berkenaan SPZAS ini, sila rujuk di Portal Rasmi LZS – DI SINI.