Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/Kontrak di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah.
Jawatan:
- PROFESOR (RM7,676.00 – RM 20,592.00)
- PROFESOR MADYA (RM6,162.00 – RM13,235.00)
- PENSYARAH KANAN (RM5,855.00 – RM12,445.00)
- PENSYARAH (RM3,070.00 – RM11,095.00)
Fakulti dan bidang yang ditawarkan:
- Fakulti Sains Komputer & Matematik (Matematik)
- Fakulti Sains Gunaan (Kimia)
Syarat kelayakan:
- Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia.
- Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara permohonan:
- Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA.
- Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Negeri Sembilan di http://nsembilan.uitm.edu.my/
- Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan Salinan sijil-sijil dan mengikut susunan berikut :
- Salinan Kad Pengenalan
- Salinan Sijil MCE/SPM,HSC/STPM atau setaraf
- Ijazah / Diploma/ Sijil Politeknik atau setaraf
- Surat Pengesahan tempoh pekerjaan dari majikan (jika ada untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji)
- Dokumen berkaitan jawatan yang dipohon
- Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil yang telah disahkan.
- Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat
permohonan. - Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
Sila kemukakan permohonan kepada:
TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
CAWANGAN NEGERI SEMBILAN
KAMPUS KUALA PILAH, BETING
72000, KUALA PILAH
NEGERI SEMBILAN
Tarikh tutup permohonan:
23 November 2020