Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Majlis Perbandaran Kangar (MPK) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi banyak kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29
- Gaji: RM1,493 – RM5,672
- PENGHANTAR NOTIS N11
- Gaji: RM1,216 – RM2,983
- PEMBANTU AWAM H11
- Gaji: RM1,218 – RM2,939
Syarat-syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang PABMS/MPK.PS-12-R1 dan dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen disahkan berikut:
- Resume;
- Kad Pengenalan (depan dan belakang);
- Sijil Kelahiran;
- Sijil Berhenti Sekolah;
- Sijil-Sijil Akademik (Sijil PMR/SPM/Diploma/Ijazah atau kelayakan yang setaraf dengannya dalam bidang yang berkaitan);
- Sijil Kegiatan Luar (jika ada);
- Lain-lain dokumen pengesahan pernah menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan jawatan yang dipohon atau pengesahan kemahiran yang berkaitan.
Ia seterusnya perlu dihantar ke alamat:
TUAN YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN KANGAR PERLIS,
NO 192 PERSIARAN JUBLI EMAS,
01000 KANGAR,
PERLIS.
(u.p : Jabatan Korporat Dan Sumber Manusia)
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 27 OKTOBER 2022, KHAMIS (5 PETANG).
Maklumat rasmi kekosongan jawatan dan dan Borang Permohonan boleh didapati DI SINI.