Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
- PEMBANTU OPERASI GRED N11
- Gaji: RM1,216 – RM2,983
- PENOLONG PENGURUS GRED E41
- Gaji: RM2,083 – RM9,549
- AKAUNTAN GRED WA41
- Gaji: RM2,083 – RM9,549
Syarat-syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Manfaat-manfaat
- Sumbangan dalam KWSP & PERKESO;
- Ganjaran Perubatan dan Klinik Panel;
- Kenaikan Gaji Tahunan;
- Penyimpanan Cuti Rehat Tahunan.
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi MPC.
Calon disarankan memohon jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan yang ditetapkan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 20 OKTOBER 2022, KHAMIS.
Maklumat rasmi kekosongan boleh didapati DI SINI.