Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
- PEGAWAI SAINS (FIZIK) GRED C41
- PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
- PEGAWAI SAINS (EMBRIOLOGI) GRED C41
- JURU X-RAY (RADIOTERAPI) GRED U29
- JURUPULIH PERUBATAN (ANGGOTA) GRED U29
- JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29
- PENOLONG PEGAWAI FARMASI GRED U29
- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19
- PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED J19
- PEMBANTU KEMAHIRAN H19 (MEKANIKAL)
- PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11
- PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11
Syarat-syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
- Jadual gaji adalah dari RM1,205 – RM9,620 mengikut jenis jawatan.
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan jawatan boleh dikemukakan secara atas talian (online) di pautan yang disediakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 11 OKTOBER 2022, SELASA.
Maklumat rasmi kekosongan dan permohonan boleh dilihat DI SINI.