Pelbagai jenis inisiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan, khususnya di kalangan B40.
Salah satunya adalah melalui Skim Projek Perumahan Rakyat (PPR) Disewa di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan PPR Disewa:
Ciri-ciri Rumah
- Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
- Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
- Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
- Binaan: 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
- Kemudahan Asas:
- Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
- Surau/Ruang Solat
- Gerai Makan/Ruang Niaga
- Tadika
- Kemudahan OKU
- Taman Permainan/Kawasan Lapang
- Rumah Sampah
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Syarat-syarat Kelayakan
- Pemohon dan pasangan Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas;
- Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan;
- Pemohon dan pasangan tidak pernah memiliki rumah;
- Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Cara Memohon
Kepada yang ingin memohon, senarai projek PPR Disewa boleh dilihat di Portal TEDUH KPKT. Buat ketika ini, berikut adalah projek-projek PPR Diswa sedang dibuka:
- PPR DI ULU PERASAN, KOTA BELUD, SABAH
- Kadar Sewa: RM160
- PPR KG. GAYANG II, TUARAN, SABAH
- Kadar Sewa: RM220
- PPR KIANSOM, INANAM SABAH
- Kadar Sewa: RM220
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem Pengurusan Perumahan Negara.
Maklumat lengkap berkenana PPR Disewa boleh dirujuk DI SINI, manakala senarai projek boleh dilihat DI SINI.