Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Institut Kemajuan Desa (INFRA) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong
PERSONEL MYSTEP
- Taraf Lantikan: Kontrak
- Kadar Upah:
- RM1,600(SPM)
- RM1,800 (Setaraf Diploma)
- RM2,000 (Ijazah Sarjana Muda)
Syarat-syarat Kelayakan
- Merupakan warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup hebahan kekosongan jawatan;
- Syarat kelayakan akademik hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan;
SERTAI SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja
Cara Memohon
Kepada calon-calon yang berminat dengan jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan boleh dilaksanakan dengan mengemukakan resume beserta gambar terkini berwarna berukuran passport, salinan kad pengenalan dan sijil tamat pengajian lengkap dengan transkrip ke alamat e-mel [email protected] dengan menulis tajuk jawatan yang dipilih.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.
Tarikh tutup permohonan pada 04 OKTOBER 2022, SELASA.
Maklumat rasmi kekosongan boleh dilihat DI SINI.