Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan SYABAS yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan SYABAS yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Kadar Bantuan
Kadar bantuan dari RM2,000-RM5,000
Syarat Kelayakan
- Belia berumur 18-40 tahun yang menepati syarat permohonan.
- Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah. (Salah satu ibu atau bapa adalah berasal dari Sabah).
- Mengemukakan bukti lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Mengemukakan penyata bank bagi kategori Start-Up Fund (RM 2,000), manakala bagi kategori Youth Developing Creative Business (RM 5,000) perlu mengemukakan 6 bulan penyata bank.
Kategori Permohonan
Terdapat 2 kategori permohonan yang ditawarkan iaitu:
- Start-up Fund: Dana bagi belia yang ingin memulakan perniagaan yang berjumlah RM2,000.
- Young Developing Creative Business Fund: Dana bagi belia yang ingin mengembangkan perniagaan sedia ada yang berjumlah RM5,000.
Cara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://syabas.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Daftar’ dan butang ‘Daftar Sekarang.’
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Pilih kategori permohonan yang diinginkan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.