Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan BKM yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan BKM yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Jumlah Bayaran BKM Fasa 3
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Jumlah anak 0: RM200
- Jumlah anak 1-2: RM300
- Jumlah anak lebih 3: RM400
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Jumlah anak 0: RM100
- Jumlah anak 1-2: RM100
- Jumlah anak lebih 3: RM100
Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Jumlah anak 0: RM500
- Jumlah anak 1-2: RM600
- Jumlah anak lebih 3: RM700
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Jumlah anak 0: RM400
- Jumlah anak 1-2: RM400
Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon
- Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
- Jumlah anak 1-2: RM800
- Jumlah anak lebih 3: RM900
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- Jumlah anak 1-2: RM600
- Jumlah anak lebih 3: RM600
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
- Bayaran BKM Fasa 3: RM150
Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
- Bayaran BKM Fasa 3: RM150
Tarikh Pembayaran
Untuk BKM Fasa 3, pembayarannya akan dilaksanakan pada bulan September 2022. Akan tetapi, tarikh rasmi secara tepat masih belum dimaklumankan oleh pihak kerajaan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Pembayarannya pula adalah seperti mana sebelumnya iaitu secara kredit terus ke akaun bank yang didaftarkan atau secara tunai melalui Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Untuk maklumat lanjut berkenaan BKM dan semakan kelulusan, ia boleh dibuat di portal rasmi BKM – DI SINI.