Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang diperkenalkan adalah Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan ini yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Apakah Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri?
Melalui pengumuman lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pihak kerajaan telah bersetuju memperkenalkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak RM500 dan RM250.
Tarikh Pembayaran Bantuan
Pembayaran bagi bantuan khas ini dibuat bersama dengan pembayaran gaji iaitu pada 25 April ini.
Sertai Channel Telegram: https://t.me/jawatankerja
Cara Semak Kelayakan
Untuk semak kelayakan, anda perlu memastikan bahawa anda merupakan salah satu kategori penerima seperti senarai di bawah:
Senarai Penerima Bantuan RM500:
- Penjawat awam gred 56 dan ke bawah
- Skim Contract Of Service
- Contract For Service
- Pegawai Sambilan Harian
- Lantikan di bawah MySTEP
Senarai Penerima Bantuan RM250:
- Pesara kerajaan
Jika anda termasuk dalam salah satu kategori di atas, maka anda akan menerima secara automatik bantuan tersebut.
Cara Pemabayaran
Maka sesiapa yang berada dalam sektor awam dalam kategori skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian, lantikan di bawah MySTEP & pesara kerajaan akan menerima pembayaran secara automatik ke akaun bank anda pada 25 April 2022.