Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Prasarana Malaysia Berhad mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Syarikat
Prasarana Malaysia Berhad (juga dikenali sebagai Prasarana) merupakan syarikat milik kerajaan 100% yang ditubuhkan pada 11 September 1998 untuk memiliki aset-aset kebanyakan perkhidmatan pengangkutan awam di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia sebagai langkah penstrukturan semula pengangkutan awam ibu negara tersebut.
Jawatan Yang Ditawarkan
Saintis Data/Jurutera Data
- Lokasi: Kuala Lumpur
Syarat Kelayakan
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer / Teknologi Maklumat / Kejuruteraan Perisian / Kejuruteraan Komputer atau mana-mana disiplin yang berkaitan.
- Sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam Data Scientist atau Data Engineer.
- Kemahiran dengan perlombongan data, matematik dan analisis statistik.
- Pengalaman dengan Excel, Powerpoint, Tableau, SQL dan bahasa pengaturcaraan (iaitu, Java/Python, SAS).
Cara Memohon Jawatan
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI).
Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan mendaftar dan menghantar permohonan ke pautan berikut: Mohon Jawatan (KLIK SINI).
Cara Daftar Akaun Percuma Di Portal Kerja JOBLUM Malaysia
- Pergi ke https://my.joblum.com/
- Klik pada butang ‘Log In’.
- Klik pada butang ‘Sign Up’
- Isikan Nama Pertama, Nama Keluarga, E-mel dan Kata Laluan anda. Klik pada ‘Sign Up’.
- Anda akan digesa untuk mengesahkan alamat e-mel anda seterusnya.