Dalam kesibukan bekerja, pasti ramai di antara kita yang memilih untuk menyimpan dan menabung sedikit demi sedikit. Salah satunya adalah melalui Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB).
Berita gembira buat para penyimpan, ini kerana Koperasi Amanah Pelaburan Berhad pada tahun lepas telah mengumumkan keuntungan dan dividen bagi para penyimpan.
Keuntungan & Dividen
Pada tahun lepas, 10 Mei 2021, pihak KAPB telah mengumumkan agihan dividen bagi tahun berakhir 31 Disember 2020 sebanyak 8% dan dibayar secara berperingkat ke dalam akaun ahli bermula 10 Mei 2021.
Berita penuh boleh baca di pautan berikut: https://www.kapb.com.my/2021/05/11/notis-pengagihan-dividen-2020/
Cara Agihan
Agihan dividen ini akan dikreditkan ke akaun anda dalam tempoh 14 hari bekerja sebaik sahaja KAPB mengumumkan kadar dividen bagi tahun kewangan tersebut.
Apakah KAPB?
Koperasi Amanah Pelaburan Berhad atau juga dikenali sebagai KAPB adalah sebuah syarikat koperasi pelaburan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Ia ditubuhkan pada 14 November 2014 oleh Dato’ Mohamed Ilyas sebagai Pengerusi Eksekutif. KAPB juga sama seperti platform pelaburan yang lain di mana dana atau modal yang dikumpulkan daripada ahli akan dilaburkan kepada beberapa portfolio. Dari sini anda akan tahu ke mana dana anda akan dilaburkan.
Antara portfolio korporat bagi dana pelaburan yang diuruskan oleh KAPB termasuklah Ar-Rahnu, The Exchange 106, hartanah, stesen TV (Awsome TV), perkhidmatan pemfaktoran (MFI Money), kereta sewa (Quick Ride), perdagangan automotif, pembiayaan automotif dan juga pembangunan tenaga boleh diperbaharui.
Peluang ini terbuka untuk semua rakyat Malaysia di kalangan umat Islam untuk memperoleh pulangan premium bagi modal yang dilaburkan.
Syarat Kelayakan
- berwarganegara Malaysia dan beragama Islam.
- Telah mencapai umur lapan belas (18) tahun (tiada had umur maksimum dinyatakan di dalam Akta Koperasi dan ianya digunapakai oleh semua koperasi berdaftar di Malaysia termasuk KAPB).
- Bermastautin ATAU bekerja ATAU mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi
- Bukan seorang yang tidak upaya dari segi mental
- Bukan seorang yang bankrap yang belum dilepaskan
- Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar
- Bukan seorang yang telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu (1) tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu
Cara Mohon Jadi Ahli KPAB Secara Atas Talian
- Layari kapb.com.my untuk mendaftar permohonan.
- Kemudian, anda perlu lengkapkan borang permohonan yang disediakan dalam talian tersebut dan dikehendaki untuk memuat naik Salinan I/C
- Setelah selesai mengisi borang, anda boleh klik butang Apply
- Seterusnya, pihak KAPB akan memproses permohonan anda dalam masa tiga (3) hari bekerja di mana kakitangan pentadbiran mereka akan menghubungi anda terlebih dahulu untuk pengesahan
- Sebaik permohonan diluluskan dengan bersyarat, anda akan dihubungi oleh kakitangan pentadbiran mereka untuk membuat bayaran yuran kemasukan dan pelaburan permulaan sepertimana yang dimohon
- Pihak KAPB TIDAK MENGGALAKKAN anda menggunakan Mesin Deposit Tunai (CDM) kerana pihak KAPB akan menghadapi kesukaran untuk mengenalpasti transaksi anda.
Jadi, sebagai alternatif lain yang boleh diguna pakai adalah:
- Anda boleh mendeposit yuran kemasukan dan pelaburan ke dalam akaun Bank Rakyat (jika anda pemegang akaun simpanan / semasa Bank Rakyat). Pihak KAPB akan memberi arahan kepada Bank Rakyat untuk mendebit jumlah tersebut dari akaun anda selepas anda menandatangani borang pengesahan ATAU;
- Bagi pemegang akaun bank lain, anda boleh lakukan pindahan dana Antara Bank Giro (IBG) ke nombor akaun semasa KAPB di Bank Rakyat iaitu 11-146-100033-4 dimana salinan slip transaksi hendaklah dilampirkan beserta dengan permohonan ATAU;
- Anda juga boleh membuat bayaran melalui JomPay dan Salinan slip transaksi hendaklah dilampirkan bersama permohonan ATAU;
Anda juga boleh membuat bayaran melalui Kaunter Pejabat Pos.
- Selepas itu, anda akan menerima pengesahan keahlian bersama-sama dengan nama pengguna dan kata laluan melalui email.
Peringatan
Setiap pelaburan hartanah pasti akan ada risikonya yang tersendiri dan apa yang anda perlu fikirkan adalah bagaimana untuk uruskan risiko tersebut dengan sebaik mungkin.