Secara umumnya, bantuan kewangan amat penting untuk sesetengah individu atau pun keluarga. Ini kerana, bantuan dari segi kewangan mampu mengurangkan bebanan yang dihadapi mereka.
Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau yayasan sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah Bantuan Kewangan BKPKK yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program Bantuan Ihsan yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Apakah Bantuan Kewangan BKPKK
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan bantuan kewangan kepada Pelajar Kolej Komuniti melalui BKPKK.
Kadar Bantuan Diberikan
Pelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua (2) semester sahaja. Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester.
Syarat Kelayakan
Syarat-syarat dan kriteria yang melayakkan pelajar mendapat BKPKK ialah:
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
- BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil);
- Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah;
- Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin);
- Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga; dan
- Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.
Cara Memohon
Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :
- Surat tawaran;
- Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
- Borang penyata kewangan penjamin;
- Panduan mengisi borang perjanjian;
- Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
- Tuntutan bayaran pelajar BKPKK sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir Kolej Komuniti masing-masing pada setiap semester.
Pemohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar Kolej Komuniti masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.
Untuk melihat iklan rasmi bantuan boleh ke pautan berikut: https://www.moe.gov.my/biasiswa-dan-pembiayaan/soalan-lazim/bantuan-kewangan# (KLIK SINI)