Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Perikanan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Jabatan
Misi Jabatan Perikanan Malaysia adalah seperti berikut:
- Membangunkan industri perikanan yang dinamik berpandukan pasaran melalui pendekatan kreatif dan inovatif.
- Menguruskan sumber perikanan negara secara efisyen, inovatif dan mesra alam berasaskan maklumat saintifik dan tadbir urus yang rapi.
- Melonjakkan sistem penyampaian berteraskan modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan dan profesional.
Jawatan Yang Ditawarkan
Penolong Pegawai Tadbir
- Kekosongan: 2
- Kadar Upah: RM1,800 sebulan termasuk KWSP dan PERKESO
- Tempoh: 11 bulan
- Penempatan: Unit Integriti, Pejabat Perikanan, Putrajaya
Kelayakan Akademik
- Diploma/STPM dalam bidang yang berkaitan dengan Pengurusan, Komunikasi, Reka Bentuk dan setaraf
- Pengalaman kerja dalam bidang integriti adalah keutamaan
Cara Memohon Jawatan
Sila hantar resume/CV beserta surat/emel iringan menyatakan jawatan yang dipohon sebelum tarikh tutup ke alamat seperti di bawah:
- Emel: [email protected]
- Alamat Pejabat: Unit Integriti, Jabatan Perikanan Malaysia, Aras 2, Podium 2, Menara 4G2, Wisma Tani, No. 30, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62628 PUTRAJAYA
Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai berikut:
- Nama: Puan Halimatun Saadiah binti Mustapha
- No tel: 03-8870 4696
- Emel: [email protected]