Pelbagai pakej bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan atau syarikat korporat sebelum ini. Terdapat pakej bantuan yang baru diperkenalkan dan terdapat pakej bantuan yang sudah lama diperkenalkan, tapi masih lagi diteruskan sehingga kini.
Salah satu pakej bantuan yang masih diteruskan adalah bantuan kewangan JHEV yang mungkin ramai terlepas pandang. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai bantuan JHEV yang anda perlu tahu jika berkelayakan.
Apakah Bantuan Kebajikan JHEV?
Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV) menyediakan bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban tanggungan sara hidup Veteraan ATM dan tanggungan mereka yang hilang upaya, menghidap penyakit kronik, dan hidup dibawah paras garis kemiskinan (PGK) semasa.
Kadar Bantuan
RM300 sebulan
Syarat Kelayakan
Veteran ATM* :
- Bekas anggota tetap Angkatan Tentera Malaysia
- Bekas Tentera British yang berkhidmat di Malaya / Malaysia atau Singapura termasuk Ranger di Sarawak
- Bekas ahli Pasukan 136 dan bekas Askar Wataniah yang dikerah sepenuh masa
* Tanpa mengira tempoh khidmat.
- Had umur bagi veteran yang layak dipertimbangkan adalah berumur 60 tahun ke atas kecuali sakit yang menghalang pekerjaan.
- Tidak diberhentikan dibawah kes tatatertib.
- Balu kepada Veteran ATM yang dikahwini dalam perkhidmatan.
- Balu yang berkahwin semula tidak layak.
- Anak-anak yatim Veteran ATM yang berumur di bawah 18 tahun.
- Anak yatim piatu hendaklah berumur kurang dari 18 tahun dan di bawah 21 tahun jika masih belajar. Jika cacat kekal, tiada syarat had umur.
Syarat-syarat permohonan
- Pendapatan pasangan dan sumbangan anak diambilkira dalam pengiraan Pendapatan Keluarga (PK).
- Permohonan tanpa mengemukakan pendapatan akan ditolak kecuali penyakit yang menghalang pekerjaan (memerlukan pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan).
Cara Untuk Memohon Bantuan
- Muat turun dan lengkapkan borang berikut: KLIK SINI Borang Permohonan Bantuan Kebajikan (JHEV.BK.2019)
- Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir-butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar. Pemohon bertanggungjawab atas segala maklumat yang diberikan.
- Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri mengikut negeri kediaman veteran.
- Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Permohonan akan dipertimbangkan untuk kelulusan oleh Jawatankuasa Kebajikan dan Kemudahan Perubatan (JKKP).
Cara Semakan
Semakan status permohonan boleh dibuat di: KLIK SINI Sistem Semakan Permohonan Kebajikan JHEV