Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Jabatan
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan sebuah jabatan kerajaan yang dipertanggung jawabkan untuk mengurus hal ehwal Orang Asli di Malaysia.
Matlamat utama Jabatan Kemajuan Orang Asli adalah bagi melaksanakan pendekatan pembangunan secara menyeluruh; melibatkan pembangunan sosioekonomi, pendidikan, kesihatan, dan pembangunan modal insan secara terancang dan berterusan.
Jawatan Yang Ditawarkan
Pembantu Operasi Gred N11
- Gaji Minimum : RM1,216.00
- Gaji Maksimum : RM2,983.00
- Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM80.00
Syarat Kelayakan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. warganegara Malaysia; dan
b. berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c.
Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,216.00) atau
PT3/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)]. (Gaji permulaan pada Gred N11: RM1,262.15)
Cara Memohon Jawatan
- Borang Permohonan boleh didapati Laman Sesawang JAKOA di pautan berikut: https://www.jakoa.gov.my/wp-content/uploads/2021/12/BORANG-JAWATAN-KOSONG-KONTRAK-JABATAN.pdf (KLIK SINI)
- Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap disertakan gambar terkini berukuran passport;
- Mengemukakan maklumat untuk dihubungi yang terkini;
- Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan;
- Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga; 1.6. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas empat (4) minggu dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya; dan
Borang permohonan perlu di kembalikan semula kepada alamat seperti berikut :-
Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Kementerian Pembangunan Luar Bandar) Tingkat 20, West Block, Wisma Golden Eagle Realty, 142-C, Jalan Ampang 50548 KUALA LUMPUR (u.p.: Puan Siti Nurazira Binti Sahhudin)
Tel: 03-216140577 ext 231/260
Emel : [email protected]
TARIKH TUTUP PERMOHONAN PADA 26 DISEMBER 2021 (AHAD)