Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan,
Maklumat Badan Berkanun
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan.
Jawatan Yang Ditawarkan
Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
- Taraf jawatan: Pekerja Sambilan Harian
- Kadar upah: RM72 sehari
- Tempoh: 3 bulan
- Lokasi: BAHAGIAN PEMASARAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Syarat Lantikan
- Diploma atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Deskripsi Tugas
- Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas mengumpul data, menganalisis maklumat dan melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan.
Cara Memohon
Borang Permohonan boleh dimuat turun dilaman web LPNM (www.mpib.gov.my). Borang Permohonan hendaklah dilengkapkan dengan sesalinan sijil yang telah disahkan dan dikepilkan serta disusun mengikut turutan:
- Salinan sijil kelahiran;
- Salinan kad pengenalan;
- Salinan lesen memandu (kelas pemandu dan tarikh tamat tempoh)
- Salinan sijil tamat persekolahan
- Salinan kelayakan akademik
Pemohon dikehendaki menulis/menyatakan PEKERJA SAMBILAN HARIAN pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat. Hanya calon yang melepasi tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan tutup hendaklah menganggap tidak berjaya dan tiada makluman bersurat/lisan dikeluarkan.
Segala perbelanjaan untuk urusan permohonan dan temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri. Permohonan hendaklah sampai ke alamat di bawah sebelum atau pada 25hb November 2021 (Khamis).
Ketua Pengarah
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Wisma Nanas, No 5, Jalan Padi Mahsuri
Bandar Baru UDA
81200 Johor Bahru, Johor.
(u.p. Seksyen Pengurusan Sumber Manusia)