Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Panasonic Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan
Maklumat Syarikat
Panasonic Corporation sejak penubuhannya pada 1918 telah berkembang menjadi salah satu pengeluar produk elektronik terbesar di dunia, terdiri daripada lebih 540 syarikat.
Ia mengeluarkan dan memasarkan pelbagai jenis produk di bawah jenama Panasonic untuk meningkatkan dan memperkaya gaya hidup di seluruh dunia.
Jawatan Yang Ditawarkan
Pelatih Pengeluaran (Production Trainee)
- Lokasi: Shah Alam/ Subang
Tugasan Kerja
- Menjalankan kerja-kerja pengeluaran seperti memproses, membungkus dan memeriksa product.
- Menjalankan pemantauan berterusan terhadap product atau proses untuk memastikan kualiti product mengikut piawaian syarikat.
- Menjalankan tugasan pengeluaran lain seperti yang diarahkan.
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Kelulusan minima PMR.
- Boleh Membaca, mengira dan menulis.
- Sanggup berkerja syif dan lebih masa (OT)
Cara Memohon
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di pautan berikut: KLIK SINI
Permohonan boleh dibuat di portal ini di pautan berikut: KLIK SINI. Pemohon perlulah mendaftar dahulu di portal tersebut dengan klik ‘Apply Now’.