Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Adabi Consumer Industries Sdn Bhd mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Majikan
Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. adalah syarikat pembuatan makanan Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1984 oleh Dato ’Syed Manshor Syed Mahmood, syarikat ini pakar dalam pembuatan produk makanan termasuk sos dan rempah.
Ibu pejabatnya terletak di Lot 136, Rawang Intergrated Ind Park,, Persiaran Rawang 1, Taman Industri Integrasi Rawang, 48000 Rawang.
Jawatan Yang Ditawarkan
Operator Pengeluaran
- Gaji: RM1,500 – RM2,200
Syarat Kelayakan
- Tiada sijil pendidikan rasmi diperlukan.
- Boleh membaca, menulis dan mengira.
- Sanggup bekerja di Rawang Integrated Industrial Park, Rawang, Selangor
- Boleh bekerja shif siang (8pagi-8malam) & shif malam (8malam-8pagi)
- Boleh bekerja lebih masa (OT)
Tugasan Kerja
- Membantu memproses dalam pengeluaran produk makanan.
- Memastikan kualiti produk makanan di tahap yang memuaskan
- Memastikan kebersihan makanan terjamin
- Menguruskan pengeluaran produk makanan
Faedah & Kemudahan
- Pelbagai Elaun – Elaun Kilang
- Peluang Bonus tahunan dan kenaikan gaji tahunan selepas disahkan kerja
- Caruman KWSP & SOCSO
- Latihan Intensif
- Cuti Tahunan & Cuti Sakit
- Diskaun Pembelian Pekerja & Pinjaman kakitangan
- Rawatan Klinik Panel disediakan dan percuma
- Uniform dan kasut disediakan
- Hostel Pekerja disediakan
- Pengangkutan disediakan (disekitar Rawang sahaja)
Cara Memohon
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di pautan berikut: KLIK SINI
Permohonan boleh dibuat di portal ini di pautan berikut: KLIK SINI. Pemohon perlulah mendaftar dahulu di portal tersebut dengan klik ‘Apply Now’.