Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Yang Ditawarkan
Personel MySTEP
- Penempatan: Bahagian Kawalan Kredit, Seksyen Rundingan Kredit & Call Centre
- Taraf Jawatan: SPM
- Gaji: RM1,600
- Kekosongan: 50
- Tempoh Permohonan Dibuka: Sepanjang Masa
Syarat Kelayakan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Syarat Permohonan
Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ini
Pematuhan Di Bawah Syarat-Syarat Skim Perkhidmatan
Calon-calon yang memasuki jawatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuat kuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat adalah dipelawa mengemukakan permohonan atas talian dengan menggunakan Google Account melalui pautan Google form seperti berikut: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfApyBhklLeM2C2R2tryiACmr031Au7tryWie2niuVSuIEcyg/viewform
Pegawai Untuk Dihubungi
Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi Pegawai Berikut:
- Encik Mohd Khalil Bin Abdul Rahman (0340476099) atau ([email protected])
- Encik Amir Bin Abdul Hamid (03-40476096) atau ([email protected])