Berita baik untuk semua pemilik akaun KWSP, cadangan untuk menaikan had pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi kemudahan i-Citra akan diperhalusi secara menyeluruh.
Menurut Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa, cadangan untuk menaikan had pengeluaran i-Citra ini akan mengambil kira semua bentuk bantuan yang telah dan akan disalurkan kerajaan.
Menurutnya lagi pertimbangan terhadap kenaikan had pengeluaran i-Citra ini akan mengambil kira keperluan untuk mengimbangi antara keperluan semasa dan kepentingan simpanan persaraan untuk masa hadapan.
Cadangan ini merupakan cadangan awal daripada Datuk Seri Najib Razak agar had pengeluaran i-Citra dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000.
Tujuan kenaikan ini adalah bersandarkan kepada syarat supaya kerajaan turut bersungguh-sungguh untuk memulakan usaha bagi menaikkan semula aset KWSP dengan memberi lebih banyak peluang perniagaan.
Sebelum ini, kemudahan i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.
Sebanyak 12.6 juta ahli KWSP dibenarkan membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan dibayar sebanyak RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan.
Sumber: sinarharian.com.my