Maklumat Jabatan dan Jawatan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Sila baca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
MAKLUMAT JABATAN
Nama Jabatan
Kementerian Belia dan Sukan
Deskripsi Jabatan
Untuk membina masyarakat belia yang bersatu padu, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial dan ekonomi serta untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya sukan ke arah perpaduan dan pembangunan negara.
Lokasi Jabatan
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana,Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya Malaysia
MAKLUMAT JAWATAN
Nama Jawatan
Pegawai Belia dan Sukan Gred S41
Syarat Kelayakan
1. Syarat Akademik :
a. ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
b. ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Deskripsi TugasĀ
Merangka dasar, merancang program serta aktiviti berkaitan kegiatan belia dan sukan di peringkat Kementerian/Jabatan.
Gaji Yang Ditawarkan
a. Peringkat Ijazah Sarjana Muda : RM2,078.00
b. Peringkat Ijazah sarjana muda kepujian : RM2,281.86
Cara Permohonan
Semua permohonan hendaklah dibuat pada pautan disini
Tarikh Tutup Permohonan
Mohon sebelum 6 September 2021
Iklan Penuh Permohonan – klik disini