Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu masyarakat dan memulihkan ekonomi.
Antara yang diperkenalkan termasuklan, Bantuan Khas C-19 (BKC) yang akan membantu golongan miskin tegar, B40 dan M40 yang terjejas.
Akan tetapi, BKC ini tidak melibatkan sebarang permohonan baru, kerana ia akan disalur berdasarkan data:
- Miskin Tegar – Permohonan BPR 2021 yang didaftar secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan eKasih
- B40 – Permohonan BPR 2021
- M40 – Percukaian (LHDNM)
Berikut adalah maklumat lanjut tentang BKC:-
Jumlah bayaran & jadual pembayaran BKC
Kelayakan bagi ketiga-tiga kategori adalah merangkumi isi rumah, warga emas sebatang kara & bujang:
Bayarannya pula akan dilaksanakan selama sebulan hingga tiga bulan mengikut kategori penerima:
Cara pembayaran BKC
Cara pembayaran BKC akan melalui beberapa kaedah iaitu seperti:
- Miskin Tegar & B40 – Akaun bank yang telah didaftarkan semasa permohonan BPR 2021.
- M40 – Akaun bank yang telah didaftarkan dalam rekod percukaian
Semakan BKC
Berkenaan dengan semakan BKC, buat masa ini pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) belum mengumumkan sebarang cara semakan. Tarikh dan kaedah semakan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut berkenaan BKC, ia boleh dirujuk DI SINI.