Bagi mereka yang sedang mencari peluang pekerjaan, sukacita dimaklumkan bahawa pihak Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi beberapa kekosongan jawatan yang ditawarkan.
Calon diwajibkan membuat permohonan berdasarkan maklumat yang disenaraikan. Berikut adalah maklumat terperinci bagi mana-mana calon yang berminat untuk memohon jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Deskripsi Majikan
Bank Rakyat adalah bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dari segi jumlah aset. Transformasi daripada sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan Syariah sejak tahun 2002 telah memacu perkembangan Bank Rakyat untuk terus mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan saban tahun.
Bank Rakyat komited dalam menawarkan kemudahan kewangan yang memenuhi keperluan pelanggan menerusi produk dan perkhidmatan yang pelbagai serta inovatif.
Jawatan yang ditawarkan
- Eksekutif, Pusat Panggilan
- Ketua, Prestasi Korporat
Syarat Lantikan
Eksekutif, Pusat Panggilan
- Ijazah yang diiktiraf dalam Perbankan / Pengajian Perniagaan / Perakaunan / Ekonomi / Pentadbiran Awam atau setaraf dan memperoleh sekurang-kurangnya:
- PNGK 3.00 ke atas (Perakaunan & Kewangan).
- PNGK 3.25 dan ke atas (berkaitan dengan Perbankan).
- Lulusan baru digalakkan memohon
Ketua, Prestasi Korporat
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda minimum dalam Pentadbiran Perniagaan / Kewangan / Ekonomi atau disiplin lain yang berkaitan.
- Pengalaman minimum sepuluh (10) tahun dalam Prestasi Korporat atau bidang lain yang berkaitan.
- Kemahiran dalam Microsoft Office terutamanya PowerPoint dan Excel.
- Kemahiran komunikasi, organisasi, analitik dan numerik yang sangat baik.
- Membina kepercayaan dan menunjukkan integriti dalam semua keadaan
Cara Memohon
Bagi yang berminat, iklan rasmi kekosongan jawatan boleh didapati di sini (KLIK SINI). Untuk calon yang berminat, permohonan boleh dilakukan dengan menghantar resume dan surat permohonan ke pautan berikut: MOHON SEKARANG (KLIK SINI)