Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan di bawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum mengemukakan permohonan.
Kepada yang sedang mencari pekerjaan, khabar baik menanti anda kerana Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Berikut adalah maklumat kekosongan jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan
- PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (GRED F41) – Rujuk
- PEMBANTU TADBIR (GRED N19) – Rujuk
- PENSYARAH PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK (GRED DG41) – Rujuk
Syarat-syarat Kelayakan
Calon yang ingin memohon, hendaklah:
- Terdiri daripada warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan;
- Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga Ijazah Sarjana mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Klik pada ‘Rujuk’ di ruang maklumat jawatan di atas, untuk melihat syarat-syarat kelayakan bagi setiap jawatan dengan lebih terperinci.
Cara Memohon
Bagi yang ingin memohon, permohonan boleh dibuat dengan mengisi BORANG PERMOHONAN (KLIK SINI).
Borang yang lengkap kemudianya perlu dilampirkan bersama:
- Resume / butir – butir peribadi dan salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan kelayakan Ijazah Doktor Falsafah / Ijazah Sarjana ( Masters ) / Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan atau salinan keputusan peperiksaan akhir bagi kelayakan yang disyaratkan – BAGI BERKENAAN.
- Salinan Kelayakan SPM, STPM, Diploma dan dokumen yang berkaitan.
- Sijil – sijil / dokumen yang berkaitan.
Dan dihantar ke alamat e-mel: [email protected]
Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon beserta nama pemohon di bahagian subjek e-mel mengikut contoh berikut.
Subjek : Pegawai Teknologi Maklumat (Gred F41) _ Nama Pemohon
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.