Maklumat jawatan yang ditawarkan adalah seperti yang dilampirkan dibawah. Calon disarankan untuk membaca dengan teliti segala syarat yang diperlukan sebelum membuat permohonan.
Kepada yang sedang mencari pekerjaan, khabar baik menanti anda kerana Yayasan Sultan Idris Shah (YSIS) kini telah membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.
Berikut adalah info lanjut iklan kekosongan jawatan:
Maklumat jawatan
- Ahli Terapi Pekerjaan (Occupational Therapist)
- Pembantu Tadbir
-
Penyelenggaraan (Maintenance)
- Ahli Terapi Pertuturan (Speech Therapist)
Tawaran gaji yang dinyatakan dalam iklan rasmi adalah dari RM1,500 hingga RM1,999.
Syarat-syarat Kelayakan
Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.
Bidang Tugas
Ahli Terapi Pekerjaan (Occupational Therapist)
Membantu individu atau kumpulan yang mempunyai batasan pekerjaan kerana penyakit, gangguan fizikal, dan kecacatan mental sementara atau kekal, dalam mendapatkan kembali kemampuan mereka untuk melakukan aktiviti harian.
Pembantu Tadbir
Melaksanakan tugas sokongan pentadbiran dan pejabat untuk penyelia,seperti menjawab panggilan telefon, menerima dan mengarahkan tetamu, memesan barang keperluan pejabat, menjaga kemudahan pejabat berjalan dengan lancar, dan memastikan peralatan berfungsi dengan baik.
Penyelenggaraan (Maintenance)
Menjaga dan memantau keadaan dan keselamatan bangunan. Membantu dengan pembaikan kecil dan memastikan bahawa kemudahan seperti pemanasan dan air panas tersedia untuk penghuni.
Ahli Terapi Pertuturan (Speech Therapist)
Ahli terapi pertuturan dan bahasa memfokuskan pada etiologi, penilaian, diagnosis, rawatan, dan pencegahan gangguan komunikasi.
Cara Memohon
Kepada yang berminat maklumat iklan jawatan boleh didapati DI SINI dan permohonan juga boleh dibuat di laman sama dengan klik ‘Mohon’ pada jawatan.
Hanya permohonan yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan: 30 JUN 2021.