Pusat Pungutan Zakat atau PPZ merupakan salah satu daripada institusi-institusi zakat utama di Malaysia. PPZ telah ditubuhkan pada 1991 oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didaftarkan sebagai nama syarikat Hartasuci Sdn Bhd dibawah Akta Syarikat 1965.
Penubuhan PPZ secara khususnya adalah hanya untuk mengutip zakat terutamanya zakat harta khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja. Manakala tanggungjawab menguruskan agihan zakat masih dibawah kelolaan penuh Baitulmal MAIWP.
PPZ dari tahun ke tahun memperolehi pencapaian yang sangat membanggakan. Jumlah kutipan terkumpul sejak tahun 1991 sehinggalah 2011 mencecah RM2.2 Billion dan hasil pengumpulan dana yang besar ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Bahagian Baitulmal, MAIWP untuk diagihkan kepada asnaf yang layak.
Oleh itu, Pusat Pungutan Zakat mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:
Jawatan yang ditawarkan
Eksekutif hubungan strategik
- Jawatan kontrak (1 kekosongan)
Syarat Lantikan
- Kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian)
- Lelaki
- Boleh bertugas dengan baik di bawah tekanan dan menetapi had masa yang ditetapkan
- Boleh berkomunikasi dan menulis dengan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik
- Mempunyai pemikiran kritis, kreatif serta berkemampuan merancang dan menganalisis strategi
- Berkebolehan membuat kertas kerja
- Mempunyai pengalaman dalam perancangan strategik
- Berkebolehan dalam pemasaran
- Berkemampuan menggunakan medium teknologi
- Boleh membaca Al-Quran dengan baik
- Mempunyai lesen memandu kelas D
Tarikh Tutup Permohonan
9 Julai 2021 (Jumaat)
Cara Memohon
Calon-calon yang berminat sila tulis permohonan yang lengkap dengan menyatakan gaji yang dipohon, gambar berukurn passport dan salinan sijil kepada:
Unit Sumber Manusia
Pusat Pungutan Zakat – MAIWP
Wisma PPZ
68-1-6, Dataran Shamelin
Jalan 4/91, Taman Shamelin Perkasa
56100 Kuala Lumpur
Email: [email protected]