Telekom Malaysia Berhad (TM) adalah syarikat telekomunikasi Malaysia dan ketiga terbesar di dunia dan iatelah disenaraikan dalam Bursa Malaysia pada 9 September 1990. Pada Ogos 2014, ia melancarkan penawaran jalur lebar 4G pertama, TMgo. Ini diikuti dengan pengambilalihan Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd (P1) pada 30 September 2014.
Melalui P1, TM akan memulakan Evolusi Jangka Panjang (LTE) rangkaian teknologi wayarles. Sementara itu, bagi mengukuhkan lagi kedudukannya dalam ruang hiburan, pada bulan November 2014, TM telah menandatangani perjanjian dengan MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) untuk menerajui transformasi digital landskap penyiaran Malaysia.
Malah, TM juga muncul sebagai Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2020 (edisi Malaysia) oleh Anugerah HR Asia berikutan usaha cemerlang menjaga kebajikan para pekerja.
Selaras dengan kecemerlangannya itu, kini TM telah memperkenalkan program TM Executive Leadership Industrial Training (TM ELIT) iaitu sebuah program yang mensasarkan pembangunan graduan di negara ini.
Program ini akan mennyedikan kemahiran dan pengalaman bekerja sebenar kepada graduan melalui pengajaran kelas dan latihan on-the-job-training.
Struktur Program:
- 1 bulan latihan kemahiran insaniah di MMU
- Latihan selama 7 bulan di TM
Syarat-syarat kelayakan:
- Pendidikan dalam Ijazah Teknikal (Kejuruteraan / Telekomunikasi / Rangkaian / IT / Sains Komputer / Komunikasi Data / Pengaturcaraan / Multimedia / Analitik)
- Pendidikan dalam Ijazah Non-Teknikal (Pentadbiran Perniagaan / Pemasaran / Perakaunan / Kewangan / Komunikasi Korporat / Pengurusan Risiko / Keselamatan Pekerjaan)
- Kewarganegaraan Malaysia
- Umur 30 tahun ke bawah
- PNGK: 2.7 & ke atas
Cara permohonan:
Selain itu, program ini juga datang dengan beberapa manfaat iaitu:
- Elaun – RM2,000.00 / bulan
- Perlindungan Insurans dalam pesakit dan pesakit luar
- Persekitaran kerja yang baik
- Peluang untuk belajar dan mengembangkan kemahiran baru
Bagi yang berminat, maklumat lanjut program boleh didapari DI SINI. Permohonan jawatan pula hendaklah dibuat secara atas talian di LAMAN INI dengan mendaftar dahulu di laman berkenaan.
Pemohon juga dikehendaki mengisi maklumat diri dan pendidikan yang tepat. Kegagalan berbuat demikian boleh membuatkan permohonan dibatalkan. Hanya permohonan yang melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temu duga.
_____
Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita