Di Malaysia ini terdapat pelbagai NGO yang melakukan kerja-kerja kemanusiaan untuk membantu rakyat Palestin yang tertindas. Antara yang terkenal adalah Aman Palestin Berhad yang merupakan NGO yang berdaftar bawah SSM.
Seorang pengguna FB, Aliff Ahmad telah mendedahkan hasil cariannya berkaitan laporan kewangan dan audit Aman Palestin Berhad menggunakan platform interepo.com. Ini perkongsiannya di paparan FB-nya.
Jadi, aku lakukan carian di Interepo (www.interepo.com), aku dapati last update laporan kewangan mereka adalah pada tahun 2015.
Untuk mengesahkan dan mengconfirmkan hal ini, aku terus ke SSM dan mencari annual report/director’s report (audit report) Aman Palestin Bhd. Yang ada hanya pada tahun 2015 adalah latest!Jika dirujuk ruangan muka depan, memang 2019 baru dibentangkan kepada ahli. Wow! 2015, bentang tahu 2019 dekat member. Pada aku, kalau kutip duit member saja, no issue lah. Tapi dah kutip duit awam, kena buatlah setiap tahun. Kan?
Maka memang benarlah Aman Palestin last audit tahu 2015 menurut data dan rekod SSM. Wow! Hampir 5 tahun tak beraudit! Apa bikin?
Yang menariknya, pada tahun 2015, jumlah kutipan adalah sebanyak RM23,019,198 (juta) dan administration expenses RM4,565,336 (juta). Jika di-ratio-kan, lebih kurang 20% digunakan sebagai administration expenses.
Menurut sahabatnya seorang auditor bertauliah, kalau pertubuhan yang telus, mereka akan bagi breakdown yang sangat detail tentang expenses termasuk elaun trustee, gaji ceo dan high management.
Tulisnya lagi, dalam audit report Aman Palestin ini, breakdownnya tidaklah sedetail seperti yang aku harapkan. Sebab itu aku request MA dan epf statement kalau ada bayar gaji dalam cara-cara SCRUT NGO yang tulis sebelum-sebelum ni.
Baginya, mana-mana pertubuhan yang mengutip dana awam, patut melakukan breakdown secara terperinci. Biar masyarakat menilai. Takda masalah pun kan being very transparent since you are taking public money?
Kalau kita clean dan steady, takut apa kan declare semua? Kau hide kenapa? Buatlah best practice and the best good governance!
…..
Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita