Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 1 Julai 1963 bagi mengambil alih pentadbiran Pelabuhan Klang daripada Keretapi Tanah Melayu (KTM).
Melalui penswastaan kemudahan-kemudahan operasi dan perkhidmatan-perkhidmatan pelabuhan terbahagi kepada 3 entiti yang berbeza di bawah 3 siri penswastaan yang berasingan, Lembaga Pelabuhan Klang telah mempertingkatkan peranannya sebagai pemudahcara perdagangan, mengawalselia dan sebagai tuan tanah.
Antara fungsi-fungsinya ialah:
- Perancangan dan pembangunan pelabuhan
- Mengawal selia perjalanan kemudahan-kemudahan perkhidmatan penswastaan
- Kemudahan perdagangan
- Pengurusan harta
- Penguatkuasa zon bebas
Lembaga Pelabuhan Klang mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:
Jawatan-jawatan yang ditawarkan
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR (JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEROLEHAN)
- Gred: N29 (Tetap)
- Gaji: RM1,493.00 – RM5,672.00
- Kadar kenaikan gaji tahunan: RM145.00
- PENOLONG PEGAWAI TADBIR (JABATAN AUDIT DALAM)
- Gred: N29 (Kontrak)
- Gaji: RM1,493.00 – RM5,672.00
- Kadar kenaikan gaji tahunan: RM145.00
Kelayakan Akademik
Calon mesti memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Syarat Lantikan
- (a) (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
- (ii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
- (iii) diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
- DAN
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
- (Keutamaan adalah diberi kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dan pengalaman dalam bidang Kewangan, Perolehan dan Pengauditan)
Cara Memohon
- Borang permohonan jawatan kosong boleh diperolehi dari Jabatan Sumber Manusia, Lembaga Pelabuhan Kelang atau dimuat turun melalui laman web LPK di www.pka.gov.my. (muat turun borang)
- Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Ijazah, Diploma, Sijil-Sijil Persekolahan, Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran dan lain-lain kelayakan yang berkaitan.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada [Pengurus Besar, Lembaga Pelabuhan Kelang, Beg Berkunci 202, Jalan Pelabuhan Utara, 42005 Pelabuhan Klang. [u.p. Pengurus Kanan (Sumber Manusia)].
- Sila catitkan nama jawatan yang dipohon di tepi atas kiri sampul surat permohonan. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan pada 19 Mei 2021
……
Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita