Jabatan Perangkaan Malaysia merupakan sebuah Jabatan yang beroperasi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertujuan menghasilkan statistik yang berintegriti dan reliable dalam bidang ekonomi, sosial, demografi dan alam sekitar yang digunakan terutamanya oleh Kerajaan sebagai input dalam pembentukan pelaksanaan, penilaian dan semakan semula dasar awam negara.
Objektif penubuhannya adalah seperti berikut:
- Mengukuh dan meningkatkan perkhidmatan statistik serta sistem penyampaian;
- Memenuhi keperluan pengguna dalam persekitaran yang dinamik dan mencabar;
- Meningkatkan keupayaan penyelidikan dan analisis data;
- Menggunakan metodologi statistik dan teknologi yang terbaik secara maksimum;
- Memupuk budaya inovasi dalam penghasilan dan penyampaian produk dan perkhidmatan perangkaan;
- Mempunyai sumber manusia yang kompeten dengan tahap profesionalisme yang tinggi; dan
- Memperluaskan penggunaan statistik di kalangan pengguna
Jabatan Perangkaan Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti yang berikut:
Jawatan-jawatan yang ditawarkan
Jawatan personel MySTEP di Bahagian Perangkaan Tenaga Manusia dan Sosial (BPTMS) iaitu MySTEP 41 dan MySTEP 29
- MySTEP 41
- Maksimum RM2,000 sebulan
- Tempoh Mei-Disember 2021
Deskripsi tugas seperti berikut:
- MySTEP 29
- Maksimum RM1,800 sebulan
- Tempoh Mei – Disember 2021
Deskripsi tugas seperti berikut:
Kelayakan Akademik
Bagi MySTEP 41: Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelakayak yang diiktiraf setaraf dengannya.
Bagi MySTEP 29: Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelakayak yang diiktiraf setaraf dengannya.
Syarat Lantikan
Syarat-syarat umum
- Umur 18 tahun dan ke atas
- Kreatif dan bermotivasi tinggi
- Berkemahiran dalam perisian bagi pembangunan sistem pengumpulan dan pemprosesan data adalah keutamaan
Syarat khas bagi MySTEP 41 seperti berikut:
- Berpengalaman dalam pembangunan sistem aplikasi berasaskan web dan aplikasi mudah alih (mobile apps)
- Berkemahiran dalam pengaturcaraan VB.net dan PHP/PHP laravel Framework dan Ionic Framework
Syarat Khas bagi MySTEP 29 seperti berikut:
- Berpengalaman dalam pembangunan sistem aplikasi berasaskan web dan aplikasi mudah alih (mobile apps)
- Berkemahiran dalam pengaturcaraan PHP/PHP laravel Framework dan Ionic Framework
Cara Mohon
Emelkan resume/CV dan transkrip akademik kepada:
- Puan Nur Adila Binti Daud ([email protected]) / 03 8885 7549
- Puan Suriah Binti Mat Hussin ([email protected]) / 03 8885 7321
Tarikh tutup: 20 April 2021 (Selasa)
______
Banyak lagi jawatan kosong terkini di Channel Telegram Jawatan Kerja ==> https://t.me/jawatankerja
Mohon share di group-group, serta saudara mara, rakan-rakan dan jiran tetangga yang sedang mencari pekerjaan. #kitabantukita